Hukum bersolek



Sumber : Forum Bicaramuslim


APA SEDAPNYA
BILA MASUK KAMAR
MUKA PUCAT JE
SEBAB KENA TANGGAL MAKE-UP TU

HILANG SELERA SEBAB MUKA PUCAT
MACAM MAYAT KERANA TAK KENA MATAHARI/UDARA
DILINDUNGI DEK MAKE UP

DAPAT GADIS CANTIK ASLI
KAN LAGI BESTTT

SELERA GITU


itulah lelaki... tidak menerima seadanya...


Apa yang dikata oleh waris tu ade benarnya. Tapi mungkin cara penyampaian yang agak kasar membuatkan mana2 wanita yang keluar memakai kosmetik yang agak banyak, terasa sedikit sebanyak..

Nak guna kosmetik, guna lah selagi tak melebih-lebih. Kadang kala pemakai nya tak nampak yang dia dah terlebih pakai. Tau2 ade mata yang memandang. Dalam hati mereka dah mengutuk "kenapa lah pompuan tuh pakai make up tebal sangat?"

Terpulang lah pada individu. Bagi saya ber makeup go for natural look. Tak perlulah foundation demi nak menutup cacat cela dimuka. sekadar compact powder (untuk muka tidak kelihatan terlampau berminyak), blusher yang kene dengan warna kulit muka.. tu sudah cukup untuk buat anda kelihatan seperti anda sendiri. Trust me..

Lagipun agak susah bile nak solat, when you use very heavy make up kan? Nak tanggal kan lagi.. Kene make sure yang kosmetik tu betul2 ilang. Kalau tak, tak sah pula solat.


Beruntung betul bagi perempuan yg semulajadi kulitnya `cantik' sekali... satu anugerah dariNya yg patut disyukuri dan dihargai.

Bagaimana pula bagi wanita y berkarier dan memerlukan bertemu dgn masyarakat?
Maksud masyarakat di sini adalah .....?

Boleh saya tahu, spesifik jenis pekerjaan....maksudnya melibatkan kerja2 sbg sales,marketing, PR,
customer service, counter atau sebagainya ..... ?
Bagi saya, dalam islam telah ada tertib dan garis panduan berpakaian dan berhiasan. Kdgkala, kita rasa penampilan dan solekan di muka memainkan peranan sehingga lupa dgn peranan produk dan mutu kualiti perkhidmatan yg telah diberikan. Tapi nak dinafikan, diluar sana kadangkala penampilan adalah segala-galanya... Tapi jgn lupa juga sbb kadangkala org2 yg kita berurusan dengan...ada juga yg sukakan kesederhanaan.


LELAKI MENERIMA SEADANYA
TAPI LELAKI JARANG MENERIMA KECANTIKAN YANG DIADA-ADAKAN

DAH CANTIK DAH TU
CIPTAAN TUHAN

NAK UBAH TANG MANA LAGI CHEK???


KORANG PERASAN TAK?

MUKA PUNYA LA PUTIH DAN SKIMA

BILA JELING LENGAN TANGAN HITAM TUHHH

BILA TERJELING KAT PERGELANGAN KAKI
HITAM TUHHH

YANG PAKAI LENGAN PENDEK
BILA TERJELING KAT KETIAK
MAKK OIII HITAM JUGA

HILANG SELERA TAU

SOALANNYA :

APAKAH MUKA JE LAMBANG KECANTIKAN HAKIKI WANITA


rasanya dah jadi resam kehidupan......pompuan yg keluar rumah tak bermake-up lansung mungkin dianggap malas, tak pandai bergaya ...tiada ketrampilan........dan yg bermake-up sederhana ...dianggap biasa ...tetapi yg bertata rias....dianggap `seni'..dan ada gaya.


Ada satu petikan ceramah mengenai isu bersolek dan menghias diri :

" Aspek bersolek dan menghias diri ada dijelaskan dalam firman Allah taala yang bermaksud:

... dan janganlah kamu mendedahkan diri (bersolek) seperti cara orang Jahiliah zaman dahulu ... (Surah Al-Ahzab: 33)

Bersolek ini meliputi solekan pada pakaian dan tubuh. Islam membenarkan solekan dan hiasan bagi wanita di hadapan mahram atau untuk melayan suami.

Di sini juga kita dapati sesetengah wanita yang berhijab pakaian tetapi tubuhnya, terutama wajah, dihiasi dengan pelbagai solekan yang menarik perhatian lelaki. sesungguhnya perkara ini tidak dibenarkan dalam islam apabila solekannya itu mendorong pandangan mata lelaki yang bukan mahram tertarik padanya".

Di sini jelas bahawa kalau nak make up tu boleh tapi hanya untuk mahram. Tapi memang sekarang ni ramai yg bersolek kerana tuntutan kerja sebagai penyeri muka. Kalau ikut dalil, memang tidak dibenarkan tetapi kadang kala ada yang mengatakan bahawa berdasarkan peredaran zaman, bersolek itu boleh asalkan tidak keterlaluan.

Biar apa jua yang dikata, bagi basi sesetengah orang, lebih senang memilih untuk tidak bersolek. Asalkan wajah tidak nampak berminyak dan mempamerkan kebersihan, sudah memadai. Walaupun atas kelemahan diri sendiri, bukan semua gaya dan cara hidup islam yang dituruti, sekurang – kurangnya yang senang dan mudah untuk dituruti seperti ini lebih baik diikuti. Saemoga Allah memberikan keberkatan dalam setiap langkah kita.


sebaik baik perhiasan diri itu adalah taqwa....
macam mana rupa taqwa?
entah... tak tahu nak gambarkan lah...

cuma dengar ceritanya melalui akhlak lah lahirnya di mata manusia itu apa yang di katakan gambaran taqwa...
namun itu juga masih belum dapat di katakan seratus peratus benar...
kerana yang dapat membenarkan Nya itu hanyalah Yang Maha Benar dari segala yang di sangka kan benar....

kot lah.....

jadi the moral of the story:

make up yang di benarkan itu adalah dengan berakhlak baik....
tutur kata, tingkah laku, adab dan sopan....

macam tu kot.....

cuba tanya "depa depa" yang faham sangat pasal ni...
melayu...?


seni'..dan ada gaya

RUPA WANITA BERGANTUNG PADA MAKE UP
UNTUK BERSENI DAN GAYA

BAGI LELAKI SENI DAN GAYA POMPUAN
PADA TAQWA DAN BUDI BAHASA


YANG TUTUP SEMUA
PADA REMAJA SEKARANG NI
TERPAPAR LEKUK DAN BONJOL
TERPAPAR LURAH DAN GUNUNG

APA TIDAKNYA
TUTUP TAPI MAKKK OIII KETATTTT

TAK NAMPAK
TAPI MEMPAMIRKAN MARUAH SERAKAH


BILA DUNIA PENTAS
MAKA PELAKONNYA PUN
CUBA MENYEMBUNGIKAN BELANG
MELALUI MAKE UP
ATAU SEKADAR UNTUK MENJIWAI WATAK
SEPERTI OPERA CINA LA KOT

SEBAB TU WANITA BERMAKE UP KOT
NAK SEMBUNYIKAN CACAT CELA LA TU


Biasanya perempuan yang tak cantik itu selalu bersolek bahkan
berlebih-lebih pula kerana hendak menutup ketidak-cantikkannya

0 comments: