Bahan-bahan :

  1. ½ kilo tepung gandum
  2. 3 - 4 biji cili merah (ditumbuk)
  3. Ikan bilis secukupnya (dibuang perut dan ditumbuk separuh lumat bersama cili)
  4. 1 - 2 biji bawang besar (dimayang)
  5. Garam secukup rasa
  6. Air panas (mendidih) secukupnya untuk membancuh
  7. Minyak untuk menggoreng

Cara :

  1. Tepung, cili, ikan bilis dan bawang besar dimasukkan dalam satu bekas dan dibancuh dengan air panas.
  2. Bancuhan jangan terlalu cair cukup sekiranya boleh dijemput dengan jari.
  3. Biarkan sejuk sebentar dan dijemput mengikut saiz yang disukai dan goreng dengan minyak yang panas sekali.

Cadangan Hidangan :

Boleh dicicah dengan cili sos atau sambal kicap (kicap manis yang dikisar dengan cili api + 1 biji bawang putih + 1/4 inci belacan bakar)

0 comments: